Suara_(fonetik)

Suara atau penyuaraan ialah istilah yang digunakan dalam bidang fonetik dan fonologi untuk menghuraikan ciri-ciri bunyi pertuturan, sama ada bersuara atau tak bersuara. Sebenarnya, istilah penyuaraan ini memaksudkan dua konsep yang berbeza, iaitu Pada tahap penyebutan, bunyi bersuara adalah yang mana pita vokal bergetar, manakala bunyi yang tak bersuara adalah yang mana pita vokal tidak bergetar. Penyuaraan ini merupakan perbezaan antara pasangan bunyi yang dikaitkan dengan huruf-huruf "s" dan "z". Apabila jari diletakkan pada peti suara (tempat terletaknya halkum di bahagian atas kerongkong), boleh terasanya getaran apabila menyebut zzzz, tetapi tidak demikian apabila menyebut ssss. (Untuk penjelasan yang lebih terperinci, rujuk suara modus dan pembunyian.) Bunyi vokal dan sonoran lain (seperti m, n, l, dan r) adalah bersuara modus.