Sinopsis Suatu_Ketika

Pada tahun 1952 sebelum Merdeka di Ujong Pasir, Melaka, filem ini menceritakan kisah budak-budak lelaki sekolah kampung berumur hampir 12 tahun dari pelbagai latar belakang yang membentuk satu pasukan bola sepak, supaya dapat memasuki JG Davidson, kejohanan piala remaja tempatan. Biarpun tiada latihan betul, seragam ataupun bola sepak sebenar, tetapi mereka ini adanya semangat dan azam.

Dengan bantuan guru dan seorang pekebun sekolah sebagai jurulatih, mereka melatih dan belajar semangat setia kawan. Sekarang skuad ini perlu melawan dengan juara bertahan, pasukan pelajar dari sekolah British, St James untuk layak masuk ke perlawanan seterusnya. Mampukah mereka menerus dalam kejohanan ini?