Kontroversi Suatu_Malam_Kubur_Berasap

Filem ini mencetuskan kontroveri apabila poster filem ini menampilkan pelakon wanita, Nurul Ain, bergambar separuh bogel. Lagi memburukkan keadaan, gambar sebelum edit beliau tersebar di internet, dimana beliau bergaya memakai kain batik tutup dihadapan sambil bahagian belakangnya terdedah sehingga paras pinggang.

Nurul Ain menyatakan bahawa gambar tersebut untuk diletakkan dalam poster filem berkenaan selepas edit. Namun begitu, ada pihak tidak bertanggungjawab melepaskan gambar sebelum edit di laman sesawang. Beliau menerima kecaman oleh peminat mahupun penggiat seni dan wartawan. Kenyataan paling mengejutkan bahawa beliau akan tampil seksi jika mendapat tawaran yang memerlukan beliau berbuat demikian[3].