Suddha_Dibyaratana
Suddha_Dibyaratana

Suddha_Dibyaratana

Suddha Dibyaratana, Puteri Rattanakosin (Bahasa Thai: สุทธาทิพยรัตน์; rtgs:  Sutthathipphayarat; 14 September 1877 - 2 Januari 1922), ialah puteri Siam (kemudian Thailand). Beliau ialah seorang ahli keluarga diraja Siam. Beliau adalah anak perempuan pertama Chulalongkorn, Raja Rama V dari Siam.Ibunya ialah permaisuri Sukhumala Marasri, permaisuri keempat dan saudara tiri Raja Chulalongkorn. Beliau mempunyai seorang adinda, Paribatra Sukhumbhand, Putera Nakhon Sawan. Namanya penuh diberikan ialah Suddha Dibyaratana Sukhumkhattiya Galyavadi (Bahasa Thai: สุทธาทิพยรัตน์ สุขุมขัตติยกัลยาวดี) Beliau salah seorang puteri yang paling cantik dari segala puteri-puteri Raja Chulalongkorn.Pada 9 Ogos 1906, beliau telah diberi gelaran diraja Puteri Rattanakosin, diterjemahkan dalam Thai sebagai Krommaluang Si Rattanakosin (Bahasa Thai: กรมหลวงศรีรัตนโกสินทร). Beliau ialah satu-satunya anak perempuan diberi pangkat Krommaluang, pangkat Krom tahap ke-3.