Pengenalan Sudoku

Peristilahan Sudoku memberi maksud "nombor bersendirian" dalam bahasa Jepun; dan merupakan hak cipta rasmi Nikoli Co. Ltd di Jepun. Penerbit Jepun yang lain biasanya merujuk permainan ini dengan gelaran Nanpure yang menjadi Number Place di dalam bahasa Inggeris Amerika. Nama ini dikatakan merupakan nama asal. Perkataan Sudoku disebut tampa apa-apa perubahan dengan pengalihan bahasa daripada Jepun ke Melayu.

Nombor-nombor yang diaplikasikan dalam Sudoku hanyalah bagi tujuan keselesaan semata-mata dan penggiraan matematik antara nombor-nombor tidak relevan sama sekali. Nombor-nombor ini boleh digantikan dengan bentuk-bentuk seperti bulatan, segi tiga dan segi empat sekalipun, asalkan ketara perbezaannya. Warna juga boleh digunakan. Majalah Sudoku Scramblets dimiliki Penny Press dan Sudoku Word milik Knight Features Syndicate menggunakan huruf abjad manakala Dell Magazines yang merupakan asal permainan ini menggunakan nombor bagi Number Place dalam majalahnya sejak tahun 1979. Dalam rencana ini, nombor digunakan.

Daya tarikan permainan ini adalah kesenangan peraturannya untuk menghabiskan, tetapi kesusahan daya logik yang diperlukan untuk melakukannya. Sudoku disyorkan oleh sesetengah guru untuk menaikan kebolehan seseorang dalam pemikiran dan penyelesaian masalah secara logik. Taraf kesusahannya boleh ditentukan untuk para pemainnya. Permainan ini seringkali didatangkan percuma dalam sumber-sumber media seperti surat khabar dan juga boleh dicipta oleh program aplikasi komputer yang khusus bagi tujuan ini.

Permainan ini telah mula muncul pada peringkat antarabangsa pada awal tahun 2005 dan menjadi popular di Amerika Syarikat, Australia, India, Britain dan Israel dan tiba di Malaysia beberapa bulan selepas itu dengan terbitnya ia pada akhbar harian bahasa Inggeris The Star. Malay Mail dan New Straits Times dalam pulloutnya '6' juga kini menerbitkan Sudoku pada setiap penghujung minggu.