Suis
Suis

Suis

Dalam bidang elektronik, suis merupakan sejenis alat yang boleh memutuskan litar elektrik, menghentikan aliran arus elektrik ataupun mengalihkan arah aliran dari satu pengalir ke pengalir yang lain.[1][2] Jenis suis yang paling lazim ialah jenis kendalian elektromekanikal dengan satu atau lebih set sesentuh elektrik. Setiap set sesentuh boleh jadi salah satu daripada dua keadaan - sama ada 'tertutup' yang bermaksud kedua-dua sesentuh adalah bersentuhan dan membenarkan aliran elektrik, ataupun 'terbuka' yang bermaksud sesentuh adalah berasingan dan tidak mengalirkan arus elektrik. Sejak penemuan bidak logik digital pada tahun 1950an, istilah suis turut digunakan sebagai peranti aktif seperti transistor dan get logik yang berfungsi untuk menukar keadaan keluaran antara dua aras logik ataupun menyambungkan talian isyarat digital yang berbeza, malah komputer juga, suis rangkaian, yang berfungsi menyediakan sambungan antara port komputer yang berbeza di dalam rangkaian komputer.[3] Istilah 'pensuisan' juga digunakan pada rangkaian telekomunikasi, yang menandakan bahawa sesuatu rangkaian itu adalah dari jenis pensuisan litar, menyediakan litar khas komunikasi antara nod penghujung, sebagaimana rangkaian telefon pensuisan awam. Ciri lazim bagi kesemua penggunaan ini merujuk kepada peranti yang mengawal keadaan perduaan: sama ada hidup atau padam, tertutup atau terbuka, bersambung atau tidak bersambung.

Rujukan

WikiPedia: Suis http://www.arborsci.com/Products_Pages/Electricity... http://www.ask-the-electrician.com/wiringdiagrams.... http://www.dnatechindia.com/index.php/Tutorials/80... http://www.homeimprovementweb.com/information/how-... http://www.milwaukeehomeinspectors.com/how-to-inst... http://www.tanaka-precious.com/catalog/material.ht... http://searchtelecom.techtarget.com/sDefinition/0,... http://www.thecircuitdetective.com/3and4wyinfo.htm http://www.thefreedictionary.com/switch http://www.wiringhelp.com/electrical/electrical-co...