SukaGuam

Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia atau singkatanya SukaGuam merupakan sebuah pertubuhan yang terdiri daripada para peguam yang memberi perkhidmatan guaman / undang-undang kepada rakyat Malaysia di dalam dan luar negara. Kebanyakan mereka memberi nasihat undang-undang secara percuma , jika memenuhi beberapa kriteria. Pengerusi Sukaguam ialah Datuk Khairul Anwar Rahmat. Sebarang aduan boleh dihubungi melalui e-mel sukaguam@gmail.com. Khidmat nasihat Sukaguam bertempat di Restoran Ali Maju, Sri Rampai, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.Antara kes yang menjadi tumpuan ialah isu perkahwinan, perceraian, nafkah, wasiat, harta pusaka, pembelian hartanah, pembuangan kerja secara tidak adil dan hak-hak ketika ditahan polis .[1]