Pemasaran Sukan_Asia_Tenggara_2009

Logo

Logo bagi Sukan Asia Tenggara 2009 ialah imej Pha That Luang, mercu tanda negara dan kuil Laos di sebelah Sungai Mekong. Kuil tersebut mewakili Laos sebagai tuan rumah Sukan Asia Tenggara 2009 dan Budaya, Seni dan sejarah Laos, sementara Sungai Mekong yang diserupai tiga buah garisan beralun di bawah kuil tersebut mewakili asal kehidupan, budaya dan gaya hidup rakyat Laos terutamanya dalam sukan. Sungai tersebut juga mewakili persepaduan negara-negara Asia Tenggara dan persahabatan yang diwujudkan melalui pertandingan sukan.

Maskot

Maskot Sukan SEA ke-25

Maskot bagi Sukan Asia Tenggara 2009 ialah dua gajah putih berpakaian tradisi Laos yang bernama Champa, gajah jantan dan Champi, gajah betina. Dua gajah putih tersebut menandakan negara tuan rumah Laos sebagai satu kerajaan diRaja Lan Xang pada zaman purbanya, yang bermaksud "Kerajaan Raja Jutaan Gajah". Wajah maskot-maskot yang ceria mewakili suasana yang gambira dan meriah semasa temasya sukan dan sambutan mesra dari Laos sebagai negara tuan rumah Sukan SEA ke-25.[3][4]