Pemasaran Sukan_Malaysia_2018

Cogan kata

Cogan kata rasmi temasya sukan tersebut ialah "Wow! Kita Hebat!". Wow merupakan singkatan World of Wonders, sebuah pengiktirafan diberikan oleh Lonely Planet kepada Perak semasa kempen pelancongan Tahun Melawat Perak 2017.

Logo

Logo rasmi Sukan Malaysia 2018 merupakan sebuah imej yang menggabungkan elemen manusia dan gelombang air. Elemen manusia mewakili semangat juang para atlet di tahap tertinggi bagi mencapai kejayaan serta kepositifan mereka, manakala elemen gelombang air mewakili Sungai Perak sebagai sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia yang menjadi sumber keperluan asas bagi rakyat negeri Perak. Ia dilancarkan pada 21 Januari 2018 di Bulatan Amanjaya di Ipoh berserta cogan kata, maskot dan lagu tema.[11][12]

Maskot

Maskot rasmi Sukan Malaysia 2018 merupakan seekor Seladang yang bernama "Chor". Di Perak, Chor merupakan sebuah nama yang diberikan kepada mana-mana orang dalam masyarakat tempatan yang merupakan anak sulung dalam keluarga dalam dialek Melayu Perak. Maskot direkakan untuk memakai baju sukan berwarna putih, dengan pipinya berwarna kuning, kedua-dua warna merupakan warna bendera negeri Perak. Ia terpilih untuk memaparkan kekuatan fizikal dan mental dan semangat jiwa yang membara melangkaui batas dalam sukan.

Lagu tema

Lagu tema Sukan Malaysia 2018 ialah “Wow! Kita The Greatest!” (Wow! Kita Yang Teragung!). Ia digubah dan dinyanyikan oleh pencipta lagu dan penyanyi terkenal Datuk Wah Idris.[13]

Rujukan

WikiPedia: Sukan_Malaysia_2018 http://www.astroawani.com/berita-sukan/chor-maskot... http://penyusukan.com/v1/tag/sukan-malaysiasukma-p... http://suaraperak.com/fasiliti-sukan-malaysia-sukm... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.bharian.com.my/node/239641?m=1 http://www.mstar.com.my/sukan/sukan-ekstra/2017/01... http://www.mstar.com.my/sukan/sukan-ekstra/2018/02... http://www.sinarharian.com.my/sukan/perak-johor-tu... http://www.themalaysiantimes.com.my/perak-to-host-... http://www.thestar.com.my/metro/community/2016/01/...