Pemasaran Sukan_Para_ASEAN_2017

Cogan kata

Cogan kata rasmi Sukan Para ASEAN 2017 ialah “Bangkit Bersama” (Bahasa Inggeris: Rising Together). Ia telah dipilih untuk menunjukkan perpaduan negara-negara Asia Tenggara dan juga menunjukkan Temasya sukan Kuala Lumpur sebagai temasya pertama Sukan Asia Tenggara yang diadakan selepas penubuhan Komuniti ASEAN pada tahun 2015.[9]

Logo

Logo Sukan Para ASEAN 2017 ialah imej sebuah Wau Bulan, sejenis layang-layang berbentuk bulan sabit yang terkenal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.[10]Gabungan jalur warna-warni dikumpulkan daripada panji-panji semua negara Asia Tenggara. Sebuah pertandingan seluruh negara telah dianjurkan untuk memilih logo temasya sukan. Sejumlah 174 penyertaan telah dihantar untuk pertandingan rekaan logo tersebut.

Maskot

Maskot Rasmi Sukan Para ASEAN 2017 ialah seekor Harimau Malaya beranimasi yang bernama Rimau. Ia telah dilancarkan pada 14hb November 2015 berserta logo dan tema temasya sukan. Namanya ialah singkatan nilai-nilai teras temasya sukan, iaitu: Hormat (Respect), Berwibawa (Integrity), Tangkas (Move), Bersikap Positif (Attitude) dan Bersatu (Unity). Dia disifatkan sebagai seorang atlet yang gagah perkasa, peramah, berdaya saing dan berjiwa atlet sebenar.[11]

Rujukan

WikiPedia: Sukan_Para_ASEAN_2017 http://www.themalaymailonline.com/sports/article/n... http://www.visionkl.com/rising-together-one-2/ http://www.bharian.com.my/node/162308?m=1 http://kualalumpur2017.com.my/ http://kualalumpur2017.com.my/bm/about-brandmascot... http://kualalumpur2017.com.my/media-newscontent.cs... http://kualalumpur2017.com.my/pdf/announcement/par... http://gms.kualalumpur2017.com.my/rs2017P/bm/cm/Me... http://www.kualalumpur2017.com.my/ http://www.kualalumpur2017.com.my/bm/media-newscon...