Sukan_Paralimpik_2008
Sukan_Paralimpik_2008

Sukan_Paralimpik_2008

Sukan Paralimpik Musim Panas 2008, iaitu Sukan Paralimpik yang ke-13, diadakan di Beijing, China dari 6 hingga 17 September 2008. Tanah Besar China dijangka menghantar bilangan atlit teramai. Seperti di Sukan Olimpik 2008, sukan ekuestrian diadakan di Hong Kong dan acara melayar pula di Qingdao.Pada 26 Jun 2005, Jawatankuasa Olimpik Beijing mengumumkan slogan Olimpik dan Paralimpik 2008 berbunyi "Satu Dunia, Satu Impian" (Cina Tradisional: 同一個世界 同一個夢想, Cina Ringkas: 同一个世界 同一个梦想).Lebih 4,200 orang atlit dari 148 negara menyertai temasya ini[1], menjadikannya bilangan negara paling ramai yang menyertai temasya Paralimpik (lebih 12 negara berbanding Athens), jadi adanya negara yang bertanding buat julung kalinya.[2]