Sejarah Sukan_Perpaduan_Islam

Kali pertama Sukan Perpaduan Islam ini dilangsungkan ialah pada 2005 di Arab Saudi dan setakat ini terdapat 57 anggota dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Warganegara bukan Muslim di setiap negara anggota juga dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam temasya sukan ini.

Penganjuran kali kedua, sepatutnya berlangsung pada bulan Oktober 2009 di Iran, dan kemudiannya dijadualkan semula ke April 2010, telah dibatalkan atas sebab timbul pertikaian antara negara Iran dan Dunia Arab kerana penggunaan istilah Teluk Parsi dalam logo temasya sukan ini, tidak seperti beberapa negara Arab yang menggunakan nama Teluk Arab untuk merujuk kepada Teluk Parsi.[1]

Edisi ketiga berlangsung di Palembang, Indonesia pada September-Oktober 2013.