Sukan_elektronik
Sukan_elektronik

Sukan_elektronik

Sukan elektronik (e-sukan) ialah sejenis bentuk pertandingan dengan permainan video.[1]Pengelasan permainan video sebagai sukan merupakan hal berkontroversi. Beberapa permainan sangat diminati antara pesaing profesional. Walaupun permainan video biasanya direka dengan pengalaman pemain dalam permainan sebagai satu-satunya ciri utama, banyak permainan e-sukan yang berjaya direka untuk dimainkan secara profesional dari awalnya. Kebanyakan pertandingan e-sukan menampilkan acara fizikal yang berlangsung di hadapan penonton secara langsung. Latihan yang perlu dijalankan pemain untuk bersedia untuk pertandingan berbeza-beza tetapi masih mengambil masa lama. Pemain profesional atau "pemain pro" sering dikaitkan dengan kumpulan permainan dan pertubuhan permainan am. Pemain pro biasanya diwajibkan berkelakuan secara beretika dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam pertandingan, pertubuhan dan kumpulan, serta mengikuti jangkaan umum iaitu semangat kesukanan yang bagus.