Kerjaya Sukiman_Sarmani

Jawatan tertinggi beliau dalam Universiti Kebangsaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hubungan Antarabangsa).[1] Sebelum beliau dilantik sebagai TNC UKM, beliau telah menjawat pelbagai jawatan di sana, termasuklah sebagai Ketua Jabatan Sains Nuklear pada 1978 hingga 1983, Timbalan Dekan Fakulti Sains Fizik dan Gunaan pada 1983 hingga 1986, Dekan Fakulti Sains Fizik dan Gunaan pada 1986 – 1990, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah pada 1990 hingga 2000, Dekan Pusat Pengajian Siswazah pada 2000 hingga 2004 dan akhir sekali sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hubungan Antarabangsa) pada 2004 hingga 2008.[2]

Selain daripada itu, beliau juga pernah menganggotai Lembaga Perlesenan Tenaga Atom sebagai ahli selama 12 tahun bermula 1 April 1994 hingga 31 Mac 2006.

Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perlesenan Atom Malaysia pada 1 Ogos 2011 menggantikan tempat Prof. Emeritus Dato’ Dr. Noramly Muslim.[3]