Sultan_Abdul_Kahar
Sultan_Abdul_Kahar

Sultan_Abdul_Kahar

Sultan Abdul Kahar yang dikenali sebagai Marhum Keramat, merupakan Sultan Brunei ke-6 memerintah dari tahun 1524 sehingga tahun 1530. Baginda mengeluarkan matawang 'pitis'. Pada tahun 1521, semasa menjadi Pemangku Sultan, baginda dilawati oleh rombongan Ferdinand Magellan dan Antonio Pigafetta. Pada tahun 1526 dan 1530 pula, seorang Portugis bernama George de Menezees datang ke Brunei. Begitu juga dengan ulama-ulama Islam. Baginda meluaskan lagi syiar Islam ke seluruh Brunei dan kepulauan Filipina.Pada tahun 1530, baginda turun takhta dan diberi gelaran Paduka Seri Begawan Sultan. Baginda diganti oleh Sultan Saiful Rijal. Baginda mangkat pada tahun 1578.