Sultan_Ahmadin_Shah_ibni_al-Marhum_Sultan_Muhammad_Shah

Sultan Ahmaddin Shah ibni Sultan Muhamad Shah ialah Sultan Perak ke-18 yang memerintah dari tahun 1786 sehingga tahun 1806.Lahir sebagai Raja Ahmad, baginda mewarisi takhta Kesultanan Perak selepas kemangkatan kekandanya Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda pada 1786. Sekitar 1805, Sultan Ibrahim Shah dari Selangor telah datang melanggar Perak. Selepas kemangkatannya pada 1806, baginda diwarisi pula putera sulungnya Raja 'Abdul-Malik. Baginda telah dimakamkan di Bota, Perak.