Sultan_Abdul_Malik_Mansur_Shah_ibni_al-Marhum_Sultan_Ahmadin_Shah

Sultan Abdul Malik Mansur Shah ibni Sultan Ahmaddin Shah ialah Sultan Perak ke-19 yang telah memerintah mulai 1806 sehingga 1825.Lahir sebagai Raja 'Abdul-Malik, baginda mewarisi takhta Kesultanan Perak selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Ahmaddin Shah pada 1806. Baginda menjadi sultan tiga bulan selepas kemangkatan ayahandanya kerana pewaris sah, Raja Mahmud ibni Raja Ibrahim ibni Sultan Mahmud Shah II enggan turun ke Sayong untuk ditabalkan.[1] Semasa pemerintahannya, Perak dilanggar oleh Kedah dan Siam, menimbulkan konflik dengan Selangor. Selepas kemangkatannya pada Ogos 1825, baginda diwarisi pula puteranya Raja 'Abdullah.[2]