Keluarga Sultan_Alauddin_Sulaiman_Shah_ibni_Almarhum_Raja_Muda_Musa

Sultan Sulaiman mempunyai lima orang adinda iaitu Raja Yahya Sani, Raja 'Abdu'l Murad, Raja Muhammad Tahir, Raja Taksiah dan Raja Chik.

Baginda telah melangsungkan perkahwinan seperti berikut:-

  1. Mac 1891 - berkahwin dengan sepupu baginda Tunku Maharum puteri Tunku Kudin, Kedah dan Raja Arfah, puteri Sultan Abdul Samad. Hasil dari perkahwinan ini baginda dikurniakan dua orang putera, iaitu Tunku Musa'eddin, dan 4 orang puteri[5].
  2. 1910 - berkahwin dengan Raja Zabedah binti Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Mukhtaram Shah .[6]
  3. Berkahwin dengan Cik Puan Hasnah binti Pilong Makam Bandar, orang kebanyakan. Dikurniakan dua orang putera, iaitu Tengku Alam Shah, Tengku Badar Shah dan dua orang puteri.
  4. Berkahwin dengan Raja Fatimah binti Sultan Idris Mursyidul Azzam Shah.