Sultan_Mahmud_Badaruddin_II
Sultan_Mahmud_Badaruddin_II

Sultan_Mahmud_Badaruddin_II

Sultan Mahmud Badaruddin II (1767 Palembang - 26 November 1862 Ternate) ialah Sultan Palembang-Darussalam (1803-1819) setelah mewarisi pemerintahan ayahnya, Sultan Muhamad Bahauddin.Dalam masa pemerintahannya, Sultan Mahmud Badaruddin II beberapa kali memimpin pertempuran melawan Britain dan Belanda, termasuk Perang Menteng. Pada tahun 1821, ketika Belanda secara rasmi menguasai Palembang, Sultan Mahmud ditangkap dan diasingkan ke Ternate. Namanya kini diabadikan sebagai nama lapangan terbang antarabangsa di Palembang, Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II. Jenis mata wang 10,000 rupiah yang dikeluarkan pada 20 Oktober 2005 menonjolkan Sultan Mahmud Badaruddin II sebagai gambar hiasannya. Malangnya, penggunaan gambar ini telah menjadi kes pelanggaran hak cipta disebabkan gambar tersebut telah digunakan tanpa izin pelukisnya. Namun kemudian terungkap bahawa gambar ini telah menjadi hak milik jawatankuasa penganjur lumba lukis wajah SMB II.[perlu rujukan]