Lapangan_terbang
Lapangan_terbang

Lapangan_terbang

Lapangan terbang (Bahasa Inggeris: Airport) adalah satu lokasi di mana pesawat seperti pesawat kepak kaku, helikopter, dan kapal udara berlepas dan mendarat. Pesawat mungkin juga disimpan atau dikekalkan pada satu lapangan terbang. Sebuah lapangan terbang mempunyai sekurang-kurangnya satu permukaan seperti satu landasan terbang, satu landasan helikopter, atau air untuk berlepas dan pendaratan, dan sering termasuk bangunan-bangunan seperti hangar dan bangunan terminal.Lapangan terbang yang lebih besar mungkin mempunyai pengkalan kekal pengendali perkhidmatan, limbungan pesawat laut dan tanjakan, kawalan trafik udara, kemudahan penumpang seperti restoran dan ruang menunggu, dan perkhidmatan kecemasan. lapangan terbang ketenteraan adalah dikenali sebagai satu pangkalan udara atau stesen udara. Istilah airfield, airstrip dan aerodrom juga mungkin digunakan untuk merujuk lapangan terbang, dan istilah heliport, pangkalan pesawat laut, dan STOLport merujuk kepada lapangan terbang yang secara eksklusif untuk helikopter, kapal terbang laut atau esawat perlepasan dan pendaratan pendek.