Sultan_Mu'adzam_Shah

Sultan Mu'adzam Shah (mangkat 1202) ialah Sultan Kedah kesembilan. Baginda merupakan putera kepada Sultan Aliuddin Al Muzalfal Shah. Pada 20 Julai 1179, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah dan bersemayam di Kota Bukit Meriam. Baginda menyerahkan Kota Palas, Wang Tepus kepada Dato’ Lela Pahlawan dan Panglima Jaya untuk menjagakannya.Pada 1 Oktober 1180, baginda telah membangunkan sebuah kota yang lengkap dengan istana dan balai penghadapan dan diberi nama Kota Sungai Emas.Pada 3 Mei 1202, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Bukit Meriam.