Sultan Muhammad Hasan adalah
Sultan Brunei ke-9 memerintah dari tahun 1582 hingga tahun 1598. Baginda merupakan seorang sultan yang termashyur gagah perkasa, mempunyai kebesaran setanding dengan
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh. Baginda sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga menghadapi tipu muslihat musuh. Baginda mempunyai 40 pahlawan yang tidak lut senjata. Pada zaman baginda diadakan gelaran
Pengiran Di-Gadong dan
Pengiran Pemancha. Baginda juga terkenal dengan nama
Marhum di Tanjung.Baginda giat dalam menjalankan dakwah Islam di Kepulauan
Filipina. Utusan baginda ke luar negeri diubah tarafnya kepada 'Duta'.Baginda berusaha membukukan 'Kanun Brunei'. Istana baginda dikelilingi kota empat persegi, dipasang dengan meriam-meriam.Baginda juga menitahkan Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela melanggar Milau (
Sarawak). Pada tahun 1598, baginda mangkat dan dimakamkan di Tanjung Chendana, Pulau Chermin.Setelah baginda mangkat, maka sebagai penggantinya kemudian diangkatlah putera baginda iaitu
Pengiran Muda Tua Abdul Jalil. Putera baginda yang lain, Pengiran Muda Tengah, menjadi Sultan Sarawak pertama dan terakhir dengan gelaran
Sultan Ibrahim Ali Omar Shah dan terkenal dengan sebutan
Sultan/Raja Tengah yang mana keturunan langsung dari
Sultan/Raja Tengah inilah yang menjadi Sultan-Sultan Sambas yang memerintah di
Kesultanan Sambas.