Sultan_Sallehuddin_Shah

Sultan Sallehuddin atau nama sebenarnya Raja Kobat, adalah Sultan Perak ke-9. Putera Sultan Mahmud Shah, baginda memerintah dari tahun 1630 sehingga tahun 1636. Semasa pemerintahan baginda, negeri Perak telah diserang penyakit taun. Oleh demikian, baginda melarikan diri ke Acheh. Semasa di Acheh, baginda diserang penyakit itu. Baginda mangkat pada tahun 1636.[1]Dengan mangkatnya baginda, terputuslah zuriat Sultan Perak dan keturunan Raja Melaka sebelah pihak lelaki.[2]