Sultanah_Haminah_Hamidun

Dato' Seri Utama Hajjah Haminah binti HamidunChe Puan Besar Hajjah Haminah binti Haji Hamidun, DMN, DK, DKH, DUK (dilahirkan pada 15 Julai 1953) ialah suri kedua kepada Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dan kakanda ipar kepada Sultan Sallehuddin. Baginda merupakan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman dan Jajahan Takluknya semenjak kemangkatan suri pertama paduka suami baginda pada tahun 2003[1][2] sehinggalah kemangkatan paduka suaminya pada tahun 2017, setelah itu baginda dikenali sebagai Che Puan Besar Hajjah Haminah, gelaran yang dikurniakan kepada balu Almarhum Sultan Kedah yang masih hidup.[3][4] Baginda juga merupakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-14 lengkap lima tahun lamanya apabila paduka suami baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia buat kali kedua pada tahun 2011.Dilahirkan sebagai orang kebanyakan, baginda mula menonjol pada tahun 1975 apabila baginda mengahwini Sultan Kedah dan dikurniakan gelaran Che Puan Kedah, suri kedua Sultan pada usia 22 tahun. Maklumat tentang baginda pada masa itu tidak banyak diketahui walaupun baginda sering mengiringi paduka suaminya.[5]

Rujukan

WikiPedia: Sultanah_Haminah_Hamidun http://bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=... http://3.bp.blogspot.com/-ZLss_b0a1wA/TuXQYRhmw7I/... http://4.bp.blogspot.com/-fOWRIOVQ7BM/T4RHF43OP3I/... http://syukury.blogspot.com/2011/08/pertabalan-kdy... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/... http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/01/20/h... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt... http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR1... http://www.istiadat.gov.my/index.php/component/sem...