Sungai_Gadut
Sungai_Gadut

Sungai_Gadut

Sungai Gadut merupakan sebuah pekan dan kawasan perindustrian yang terletak 9 kilometer dari Seremban. Merupakan kawasan industri yang ke-2 terpenting di kawasan Senawang, Sungai Gadut mempunyai kilang-kilang yang bertaraf antarabangsa dari dalam dan luar negara. Kawasan ini turut mempunyai kawasan perumahan di sekitarnya. Kawasan ini strategik kerana dihubungi dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan melalui EXIT 220 Persimpangan Senawang, Laluan Persekutuan 1, dan Jalan Sungai Gadut-Rantau N5. Sungai Gadut mempunyai stesen komuter yang dinamakan stesen komuter Sungai Gadut. Kawasan ini terletak dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai.