Geografi Sungai_Seraya

Lokasi koordinat Sungai Seraya ialah 6°24′N 100°42′E / 6.400°N 100.700°E / 6.400; 100.700.[4] Mengikut topografi kawasan, lembah sungai Sungai Seraya terletak di anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 53 meter (173.9 ka).[3] Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.[3]

Sungai Seraya yang mempunyai panjang kira-kira 10.6 kilometer (6.6 bt) merupakan sebuah sungai yang berasal daripada Bukit Koh Mai (Bahasa Thai: เขาไหม้ใหญ่code: th is deprecated ; RTGS: Khao Mai Yai), berdekatan dengan sempadan antarabangsa Malaysia–Thailand,[5][6] kira-kira di koordinat 6°26′51″N 100°39′36″E / 6.447499°N 100.659933°E / 6.447499; 100.659933.[1] Sungai Seraya akan menelusuri kawasan perhutanan tebal, iaitu Hutan Simpanan Kekal (HSK) Koh Mai, di kawasan pedalaman Mukim Batang Tunggang Kiri. Sungai ini akan melalui Bukit Goh Lembu, Bukit Nguan dan kawasan perkampungan kecil Kampung Seraya dahulu, dan melintasi Jalan Negeri K402 (Jalan Durian Burong) sebelum bermuara di Sungai Durian Burong,[5][6] kira-kira 2.6 kilometer (1.6 bt) tenggara Kampung Seraya di 6°23′13″N 100°42′06″E / 6.386904°N 100.701728°E / 6.386904; 100.701728.[1]

Terdapat beberapa sungai dan anak sungai yang bermuara di Sungai Seraya iaitu:[1][3]

Berkaitan