Sinopsis Suor_Angelica

Pembukaan opera menunjukkan adegan di dalam biara wanita di mana kedengaran suara rahib-rahib wanita menyanyikan lagu-lagu suci. Cerita ini mengisahkan seorang rahib wanita bernama Angelica yang membayar kesilapan lampau beliau dengan menjadi seorang rahib untuk mengabdikan diri kepada Tuhan. Angelica ada seorang anak lelaki yang kini tinggal bersama keluarga beliau. Angelica sudah tidak berjumpa mereka selama 7 tahun.

Pada suatu hari, makcik Angelica, dikenali sebagai "seorang puteri" datang mengziarahi Angelica. Angelica diminta menandatangani surat persetujuan untuk melepaskan segala harta pusaka yang diturunkan kepada beliau supaya diserahkan kepada adik perempuannya yang bakal berkahwin. Makcik Angelica juga memberitahu bahawa anak lelaki beliau telah meninggal kerana demam panas. Angelica mendandatangani perjanjian harta warisan tersebut sambil menangis.

Kerana terlalu berdukacita dengan nasib malang beliau, Angelica meminum racun, tetapi kemudian menyedari bahawa membunun diri adalah satu kesalahan yang besar dalam agama Kristian. Beliau merayu kepada "Virgin Mary" agar mengampunkan beliau dan kemudiannya menghembuskan nafas terakhir. "Virgin Mary" muncul dengan anak lelaki Angelica, yang lari kearahnya dan lantas memeluk ibunya.