Sejarah Super_Junior

Sebelum debut

Sejak tahun 2000, syarikat rakaman SM Entertainment mengadakan ujibakat tahunan bagi mencungkil bakat baru di Korea berikutan kejayaan artis-artis dibawah syarikat rakaman ini seperti H.O.T dan S.E.S. Pada tahun 2010, syarikat rakaman itu mengadakan ujibakat di luar negara di Beijing di mana Han Geng telah dipilih di antara 3000 peserta. Leeteuk, Heechul, Yesung, EunHyuk, Siwon dan Kibum dipilih daripada ujibakat tahunan syarikat tersebut manakala Kang-In, Shindong, SungMin, DongHae dan Ryeowook pula dipilih daripada ujibakat yang ditaja oleh SM Entertainment.