Konsep Super_Spontan

Super Spontan merupakan rancangan game show realiti TV, di mana pemain-pemainnya harus memainkan permainan yang diberikan secara spontan. Sesetengah permainan melibatkan kedua-dua pasukan serentak, manakala sesetengah pula dimainkan secara berasingan.

Menang kalah ditentukan melalui undian penonton. Berbeza dengan rancangan realiti TV yang lain, undian untuk Super Spontan hanya dibuka pada masa rancangan itu berlangsung sahaja. Pasukan yang kalah perlu mengundi seorang peserta untuk disingkirkan pada minggu itu. Konsep penyingkiran bermula dengan disingkirkan pada awal rancangan minggu berikutnya (kecuali separuh akhir pada musim pertama di mana satu peserta tersingkir pada awal rancangan dan satu lagi pada penghujung rancangan), manakala selepas dua penyingkiran berlaku di minggu keenam edisi 2013, penyingkiran dilakukan di penghujung rancangan, dan konsep tersebut kemudian digunakan untuk episod-episod seterusnya dalam edisi tahun itu dan kemudian pada musim-musim seterusnya.