Kerjaya Surender_Reddy

Beliau memulakan kerjaya sebagai pengarah menerusi filem Athanokkade dengan Nandamuri Kalyan Ram. Filem-filem terkenalnya ialah Kick yang dibintangi oleh Ravi Teja, Ileana D'Cruz dan Race Gurram yang dibintangi Allu Arjun dan Shruti Haasan. Semua filem yang diarahkannya kecuali Athanokkade ialah cerita-cerita yang ditulis oleh Vakkantham Vamsi.

Filem beliau Kick 2 dikeluarkan pada Ogos 2015 lakonan Ravi Teja.[2] Ia mengumpul anggaran rs.6.25 crore (943,000 USD) pada hari pertamanya, yang tertinggi untuk filem Ravi Teja mengatasi Power.[3]