Pembentukan Suruhanjaya_Siasatan_Diraja_siasat_pendatang_asing_Sabah_2012

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Jun 2012. RCI adalah hasil pandangan rakyat dan kerajaan Barisan Nasional. Ia membabitkan kewarganegaraan, keselamatan, sosio ekonomi, kesihatan dan politik.[1] Jabatan Peguam Negara telah diamanahkan untuk mengemukakan cadangan Terma Rujukan (TOR) dan draf asas telah disediakan. Jumlah pendatang asing tanpa izin di Sabah dianggarkan menjangkau 500,000 orang pada 2012.[2]

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan bahawa penubuhan RCI itu dilihat sebagai satu nilai tambah kepada Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pati (JKKPA-PATI) dan Makmal Pengurusan Warga Asing Nasional serta Makmal Khas Warga Asing Sabah.[3]

Ramai pihak menyambut baik penubuhan RCI itu. Antaranya dari UMNO Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan MIC Sabah. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyambut baik pengumuman itu kerana yakin dapat menyelesaikan aduan dan rayuan rakyat negeri Sabah yang berhadapan dengan pendatang tanpa izin di Sabah. Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyatakan rakyat Sabah menerima keputusan dengan hati terbuka.

Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili kagum atas keberanian perdana menteri dalam menghadapi masalah pendatang tanpa izin di Sabah dan masalah berkaitan kewarganegaraan, keselamatan, sosio ekonomi, kesihatan dan politik. Setiausaha Agung PBS Datuk Henrynus Amin menyatakan bahawa tidak ada sebab mengapa rakyat tidak menyokong Barisan Nasional (BN). Ketua Pemuda PBS Datuk Jahid Jahim menyatakan bahawa pengumuman Perdana Menteri itu menunjukkan bahawa kerajaan bersikap serius dalam melindungi keselamatan rakyat terutama di Sabah. Kebanjiran imigran haram dan isu dokumentasi ini hampir menghapuskan harapan serta keyakinan rakyat. Usaha telah dijalankan bermula dengan Program 6P bagi pendatang asing tanpa izin (5P di Sabah) dan sekarang menerusi penubuhan RCI pula. Ia sememangnya hadiah Pesta Kaamatan terbaik untuk rakyat di Sabah.[4][5]

Rujukan

WikiPedia: Suruhanjaya_Siasatan_Diraja_siasat_pendatang_asing_Sabah_2012 http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObn... http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=... http://m.malaysiakini.com/news/199694 http://www.malaysiakini.com/news/227757 http://www.theborneopost.com/2012/08/12/rci-on-ill... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/6... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/6... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/6...