Suruhanjaya_Tenaga_Malaysia

Suruhanjaya Tenaga Malaysia (didaftarkan sebagai Suruhanjaya Tenaga; singkatan ST) ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 sebagai pengawal baharu untuk industri tenaga di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk memastikan bahawa industri tenaga dimajukan dengan cara cekap agar Malaysia bersedia untuk menghadapi cabaran baharu globalisasi dan perlonggaran, dengan kerapnya dalam industri bekalan tenaga.Suruhanjaya itu mengawalselia dan menggalakkan semua perkara yang berhubungan dengan industri elektrik dan bekalan gas dalam ruang lingkup undang-undang yang terpakai iaitu Akta Bekalan Elektrik 1990, Lesen Peraturan Bekalan 1990, Akta Bekalan Gas 1993, Peraturan Elektrik 1994 dan Peraturan Bekalan Gas 1997. Dalam melaksanakan peranan suruhanjaya itu mengambil pendekatan pengawalseliaan.[1][2]