Susu_kocak
Susu_kocak

Susu_kocak

Susu kocak ialah sejenis minuman manis dan sejuk yang diperbuat daripada susu, aiskrim atau ais susu, dan perasa atau pemanis seperti sirap buah atau sirap coklat.Restoran khidmat lengkap, kaunter minuman dan gerabak makan minum biasanya menyediakan dan membancuh susu kocak sendiri menggunakan pengisar atau pembancuh minuman. Manakala kedai makanan segera lazimnya menggunakan mesin susu kocak automatik yang membeku dan menyediakan campuran susu kocak segera. Terdapat pelbagai perisa susu kocak, yang popular ialah coklat, strawberi dan pisang.