Kerjaya Sutan_Takdir_Alisyahbana

Sutan Takdir merupakan pengasas dan penyunting majalah sastera Pujangga Baru. Novel pertamanya, Tak Putus Dirundung Malang, diterbitkan oleh Balai Pustaka pada tahun 1929.[1] Beliau kemudian menjadi salah satu sasterawan Indonesia yang cukup aktif terutamanya dalam masa sekitar kemerdekaan. Dalam kapasiti beliau sebagai penulis pakar dan kemudiannya pengerusi Suruhanjaya Bahasa semasa pendudukan Jepun di Indonesia, beliau memodenkan Bahasa Indonesia supaya ia boleh menjadi bahasa kebangsaan bagi rakyat Indonesia.[4]

Sutan Takdir percaya bahawa Indonesia boleh belajar dari nilai-nilai tamadun Barat, dan kekal sebagai penyokong modenisme sepanjang hidupnya.[5] Novel terkenal beliau, bertajuk Layar Terkembang, menunjukkannya sebagai pengarang yang progresif.

Sutan Takdir juga pernah bekerja di Malaysia. Antara tahun 1963-1968, beliau menjadi Profesor dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya,[6] dan mengajar bersama-sama pensyarah lainnya seperti Syed Naquib al-Attas dan saudaranya Syed Hussein al-Attas.[7]