Pujian-Pujian Swami_Vivekananda

Ramai tokoh dunia telah memuji pencapaian dan personaliti Swami Vivekananda. Antaranya ialah:

C.Rajagopalachari (A.D.1878-1972) seorang negarawan India berkata:

"Swami Vivekananda menyelamatkan Hinduisme dan India. Kalau bukan kerananya, kita tentu telah kehilangan agama kita dan kita tidak akan mencapai kemerdekaan. Maka, kita terhutang budi kepada Swami Vivekananda untuk segala-galanya."

A.L.Basham, seorang ahli sejarah British mengatakan begini:

Seratus tahun sudah berlalu selepas Narendranath Datta yang menjadi Swami Vivekananda lahir. Namun, ianya masih sukar untuk menilaikan kepentingannya pada skala sejarah dunia. Kepentingan Vivekananda adalah lebih besar daripada apa yang sejarahwan Barat atau kebanyakan sejarahwan India dapat mencadangkan pada masa kematiannya. Masa dan banyak peristiwa-peristiwa hebat dan tidak disangka yang telah berlaku sejak kematiannya menunjukkan bahawa dalam kurun-kurun akan datang, beliau akan dikenang sebagai salah seorang pengasas utama dunia moden. Terutamanya bagi Asia, beliau akan dikenang sebagai salah seorang tokoh penting dalam sejarah agama India. Kepentingannya boleh dibandingkan dengan mahaguru hebat seperti Sankara dan Ramanuja dan tentu lebih penting berbanding ahli-ahli agama tempatan seperti Kabir, Chaitanya, dan ramai Nayanmar dan Alvar dari India Selatan."

Rujukan

WikiPedia: Swami_Vivekananda http://hikayatvivekananda.blogspot.com http://hikayatvivekananda.blogspot.com/ http://leonine-vivekananda.blogspot.com http://vivekanandabio.blogspot.com/2015/04/ucapan-... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.ramakrishnavivekananda.info/vivekananda... http://vivekananda.net/photos/1893-1895TN/pages/ch... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p177285974