Syarikat berhad di
United Kingdom atau
Ireland ialah
perbadanan yang
liabiliti pemegang sahamnya dihadkan oleh saham. Ia merupakan bentuk
syarikat sendirian yang paling umum. Bagi banyak orang, membentuk syarikat berhad merupakan satu pilihan yang menarik kerana, berbeza dengan pedagang perseorangan,
aset peribadi diasingkan sama sekali daripada kewangan syarikat.
[1]Padanan syarikat sendirian di
Australia ialah
syarikat Proprietary Limited (Pty Ltd). Sebuah syarikat Australia dengan perkataan Limited (Berhad) atau Ltd pada akhir namanya ialah
syarikat awam, misalnya sebuah syarikat yang didaftarkan dengan
ASX (walaupun syarikat awam boleh dan seringnya tidak tersenarai). Australia tidak mempunyai padanan yang tepat untuk plc.Jenis syarikat ini tidak mempunyai
modal saham tetapi sebaliknya, dijamin oleh "anggota"nya yang bersetuju untuk membayar jumlah yang tetap jika syarikat itu mengalami
pembubaran.
Pertubuhan amal seringnya diperbadankan dengan menggunakan jenis liabiliti terhad ini. Satu lagi contoh ialah
Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan. Di
Australia, hanya syarikat awam tak tersenarai dibenarkan pengehadan jaminan.
[2]Jenis syarikat ini mempunyai pemegang saham dengan liabiliti terhad. Sahamnya tidak boleh ditawarkan kepada khalayak.Saham syarikat awam berhad boleh didagangkan kepada orang awam di dalam
bursa saham — serupa dengan
Perbadanan (Corp) di
Amerika Syarikat dan
Aktiengesellschaft (AG) di
Jerman.Bagi pemegang saham syarikat berhad, jika syarikat itu
tak mampu bayar (sama dengan
kebankrupan di Amerika Syarikat), mereka diwajibkan membayar jumlah yang masih belum dijelaskan untuk saham mereka (biasanya sifar kerana kebanyakan saham dibayar sepenuhnya sewaktu diterbitkan). 'Bayar' di sini berkait dengan jumlah yang perlu dibayar kepada syarikat untuk saham sewaktu buat pertama kali diterbitkan dan harus tidak dikelirukan dengan jumlah yang dibayar oleh pemegang saham kepada orang lain untuk memindahkan pemilikan saham sesama mereka. Justera, seseorang pemegang saham dilindungi oleh liabiliti terhad.Syarikat berhad boleh didaftarkan di
England dan Wales,
Scotland,
Ireland Utara, dan
Australia. Pendaftaran syarikat di
Great Britain (
England,
Scotland, dan
Wales) dilakukan menerusi
Companies House, manakala ia dilakukan di Australia menerusi
Australian Securities and Investments Commission (ASIC)
[3].Pendaftaran syarikat di
Ireland Utara ialah tanggungjawab
Jabatan Perusahaan, Perdagangan dan Pelaburan. Sejak
1 Oktober 2009, tanggungjawab itu telah dipindahkan kepada Companies House di bawah Jabatan Perusahaan Perniagaan dan Reformasi Kawal Selia (Department for Business Enterprise and Regulatory Reform, BERR)
[4].Ireland Utara akan mengekalkan kewujudannya, dengan fungsi pendaftarannya menyerupai model Companies House Scotland. Ini bermakna bahawa pejabat Pendaftar Ireland Utara akan dikekalkan di
Belfast. Padanan syarikat berhad boleh dijumpai di kebanyakan negara, walaupun peraturan masing-masing yang terperinci amat berbeza. Adalah biasa juga bahawa perbezaan dibuat antara: