Politik Syed_Saddiq_Syed_Abdul_Rahman

Beliau mula melibatkan diri dalam bidang politik dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Atas kepercayaan pemimpin atasan parti, beliau telah dilantik sebagai Ketua Armada, satu sayap Pemuda dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).[7][8][9]

Syed Saddiq membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya umum ke-14 bagi kerusi Parlimen Muar dan telah dipilih ke Parlimen.[10][11] Beliau dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2 Julai 2018, menggantikan Khairy Jamaluddin yang memegang jawatan tersebut selama tiga tahun.[12] Pelantikan ini menjadikan Syed Saddiq sebagai ahli Kabinet termuda dalam sejarah politik Malaysia, sekaligus membenamkan rekod yang dipegang oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.[13]

Sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq ingin menolak umur pengundian yang lebih rendah, atau kelayakan untuk mengundi di Malaysia, dari 21 hingga 18 tahun. Beliau mahu ia dilakukan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15. Walau bagaimanapun, beliau telah bersetuju bahawa perlu mempunyai program pendedahan politik untuk golongan muda di Malaysia.[14][15] Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, bersetuju dengan Syed Saddiq bahawa individu yang berusia 18 tahun cukup dewasa untuk mengambil bahagian dalam proses politik.[16]

Beliau pernah muncul dalam filem dokumentari M for Malaysia (2019).

Rujukan

WikiPedia: Syed_Saddiq_Syed_Abdul_Rahman http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/cr... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/1... http://undi.info/# http://www.sinarharian.com.my/nasional/keluarga-re... http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/06/12/i... http://pribumibersatu.org.my/mpt.php http://syedsaddiq.my