Kerjaya Syed_Zainol_Anwar_Syed_Putra_Jamalullail

Syed Zainol Anwar memulakan kerjayanya bersama Malaysian Airlines System Berhad pada tahun 1975 sebagai seorang Akauntan Kewangan sebelum berpindah untuk memegang jawatan kanan eksekutif dalam pelbagai syarikat. Jawatan terakhirnya adalah sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Capital Partners Berhad.

Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Investment Panel, Cahaya Mata Sarawak Berhad, Malaysian Airport Holdings Berhad, Media Prima Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad, DRB-Hicom Berhad, Malakoff Corporation Berhad, EON Bank Berhad, Uni Asia Life Assurance Berhad, Uni Asia General Insurance Berhad, Radicare (M) Sdn Bhd dan Realmild (M) Sdn Bhd. Beliau juga sebelum ini merupakan Pengarah Bebas Maxis Communications Berhad, Bangkok Bank Berhad, dan Urusan Kempulan Amanah Capital Partners Berhad.

Pada ketika ini, beliau merupakan Pengerusi SP Setia Berhad, Nestle (Malaysia) Berhad, Kenanga Investment Bank Berhad dan Lembaga Zakat Selangor. Beliau juga merupakan Canselor Universiti SEGI.[2]