Palestin Syeikh_Junid_Thala

Masalah Palestin adalah menjadi perhatian beliau yang serius. Beliau mengumpulkan derma di sini dan mengirimkannya ke sana. Antara sifatnya yang menonjol ialah qanaah, sederhana, dan memadakan yang ada. Dan amalan yang paling baik bagi beliau ialah berwakaf. Di semua tempat beliau menggalakkan kaum muslimin untuk berwakaf. Agaknya beliau tertarik dengan sistem wakaf di Mesir, yang bahkan dapat menghidupkan sebuah universiti yang besar, yakni Universiti Al-Azhar. Di kampung asalnya di Tapanuli Selatan, beliau mendirikan sekolah dan pengajian agama daripada harta waqaf. Dan beliau juga menggalakkannya di Padang Rengas. Memanglah wakaf merupakan suatu institusi yang amat digalakkan dalam ajaran Islam.

Menurut Datuk Asri ada juga diceritakan tentang "karamat" beliau; namun usahlah perkara itu dibesar-besarkan. Demikianlah misalnya, pada suatu ketika beliau jatuh pengsan beberapa hari lamanya, namun beliau tidak sakit apa-apa. Beberapa ketika kemudian diterima telegram dari Palestin, menanyakan apakah beliau sudah sampai kembali dari Palestin.