Sejarah Söğüt

Söğüt adalah sebuah puak Turki Seljuk di barat Anatolia yang kemudian melahirkan empayar Uthmaniyyah. Puak yang kecil tapi sofistikated berasal dari cabang Kayi Seljuk Turk yang mana pada kurun ke-12 dan ke-13 telah menakluk Anatolia. Kampung Söğüt di kelilingi oleh tiga buah puak Turki yang lebih besar iaitu; Eskenderum di utara, Eskişehir di timur, Konyali di selatan; dan empayar Byzantine di barat. Legenda mengatakan bahawa bey (ketua) puak ini pada kurun ke-13, Ertuğrul, dengan beraninya mengepung para musuh beliau di teluk dan oleh itu membolehkan anak lelaki beliau, Osman, boleh menakluk mereka semasa pemerintahan beliau pada tahun 1299 sehingga 1324. Apabila anak lelaki Osman, Orhan, menaiki takhta selepas kematian bapa beliau telah menamakan semula puak ini sebagai Osmanli bagi menghargai bapa beliau. Kampung Söğüt (dahulunya dikenali sebagai Thebasion sehingga 1231) kemudian berkembang menjadi sebuah kota yang bertindak sebagai ibu negara puak Osmanli sehingga penawanan kota Byzantine di Prusa pada tahun 1325. Ibu negara Osmali kemudian dipindahkan ke istana-istana Byzantine yang lebih mewah.

Söğüt merupakan tempat lahir bagi Sultan Osman I. Ia telah ditawan oleh Ertuğrul untuk Seljuk Anatolia daripada empayar Nicaea pada tahun 1231.