T-Mobile_Park
T-Mobile_Park

T-Mobile_Park

T-Mobile Park ialah stadium berbumbung retrak di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan arena tuan rumah bagi pasukan Major League Baseball, Seattle Mariners yang memiliki kapasiti tempat duduk sebanyak 47,929. Stadium ini terletak di kawasan kejiranan SoDo, berhampiran terminus barat Interstate 90. Kini ia dimiliki dan dikendalikan oleh Washington State Major League Baseball Stadium Public Facilities District. Perlawanan pertama berlangsung di stadium ini ialah pada 15 Julai 1999.Semasa era 1990-an, stadium asal Mariners, Kingdome sebagai fasiliti MLB menjadi persoalan apabila pasukan itu diancam untuk berpindah. Pada September 1995, pengundi King County memenangi pengundian untuk memulakan dana awam bagi pembinaan sebuah stadium besbol baru. Tidak lama selepas itu, kemunculan pertama Mariners di postseason MLB dan kejayaan dalam American League Division Series (ALDS) telah membangkitkan usaha orang ramai untuk mengekalkan pasukan itu di Seattle. Hasilnya, Washington State Legislature meluluskan bajet untuk pembinaan stadium dan disertakan dengan duit awam. Tapaknya hanya terletak di arah selatna Kingdome dan ia telah dipilih untuk pembinaan pada September 1996 manakala kerja-kerja pembinaan pula dimulakan pada Mac 1997. Bon yang diisukan untuk membiaya Safeco Field telah berakhir pada 1 Oktober 2011, iaitu lima tahun awal daripada yang dijangka.[6]T-Mobile Park juga digunakan untuk melangsungkan perlawanan amatur besbol termasuklah pertandingan peringkat daerah sekolah tinggi [Washington Interscholastic Activities Association]] dan satu perlawanan Washington Huskies pada setiap musim. Acara utama selain besbol yang dilangsungkan di T-Mobile Park termasuklah Seattle Bowl 2001 dan WrestleMania XIX pada 2003, yang telah mencatatkan rekod penonton di stadium seramai 54,097.Pada asalnya, stadium ini dinamakan sebagai Safeco Field di bawah rundingan hak penamaan selama 20 tahun oleh syarikat insuran Seattle, Safeco Insurance. T-Mobile seterusnya memperoleh hak penamaan pada 19 Disember 2018 dan nama baharu telah mula diguna pakai pada 1 Januari 2019.[7][8]

T-Mobile_Park

Alamat 1250 First Avenue South
Pemilik Washington State Major League Baseball Stadium Public Facilities District
Saiz Padang Kiri padang – 331 ka (101 m)
Kiri-pusat – 378 ka (115 m)
Pusat padang – 401 ka (122 m)
Kanan-pusat – 381 ka (116 m)
Kanan padang – 326 ka (99 m)
Backstop – 69 ka (21 m)
Nama silam Safeco Field (1999–2018)
Koordinat 47°35′28″N 122°19′59″W / 47.591°N 122.333°W / 47.591; -122.333Koordinat: 47°35′28″N 122°19′59″W / 47.591°N 122.333°W / 47.591; -122.333
Permukaan Kentucky Blue Grass /
Perennial Ryegrass blend
Pecah tanah 8 Mac 1997 (8 Mac 1997)
Lokasi Seattle, Washington, A.S.
Dibuka 15 Julai 1999 (15 Julai 1999)
Perkhidmatan jurutera Flack + Kurtz Inc.[5]
Kapasiti Besbol: 47,929[1]
Bola sepak Amerika: 30,144
Pentadbir Washington State Major League Baseball Stadium Public Facilities District
Rekod kehadiran WrestleMania XIX 54,097
Kos pembinaan $517 juta
($682 juta in 2016 dolar[2])
Kontraktor utama The Erection Company Inc.[4]
Jurutera struktur Magnusson Klemencic Associates[4]
Arkitek NBBJ
360 Architecture
Kontraktor am Hunt-Kiewit[4]
Transit awam Stadium
King Street Station
Pengurus projek The Vosk Group LLP[3]

Rujukan

WikiPedia: T-Mobile_Park https://www.scribd.com/document/400121107/2019-Sea... https://web.archive.org/web/20190329221915/https:/... http://www.minneapolisfed.org/community_education/... https://web.archive.org/web/20130728150202/http://... http://www.thevoskgroup.com/Safeco%20Field.html http://www.ballparks.com/baseball/american/seabpk.... https://web.archive.org/web/20180302063847/http://... https://archive.today/20130209142426/http://www.ws... http://www.wspgroup.com/en/Welcome-to-WSP-Flack--K... http://blog.seattlepi.com/seattlepolitics/2011/09/...