TCG_Anadolu
TCG_Anadolu

TCG_Anadolu

TCG Anadolu (L-400)[3][4] adalah sebuah kapal serangan amfibia (LHD) dari Tentera Laut Turki yang boleh dikonfigurasikan sebagai sebuah kapal pengangkut pesawat ringan.[6][7][9][5] Ia dinamakan bersempena dengan nama semenanjung Anatolia (Turki: Anadolu) yang mana mebentuk sebahagian besar daratan di Turki. Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 30 April 2016 di limbungan Sedef Shipbuilding Inc. di Istanbul, di mana lunasnya telah dibaringkan pada 7 Februari 2018,[1] dan dijangka akan ditauliahkan pada tahun 2022.[6][7][9][2] Kapal ini bertujuan untuk memenuhi pelbagai keperluan dan kehendak Angkatan Tentera Turki, seperti mampu belayar lama, pertempuran jarak jauh atau operasi bantuan kemanusiaan; sementara pada masa yang sama masih mengekalkan statusnya sebagai sebuah pusat arahan dan kapal laksamana untuk Tentera Laut Turki.[7] Ia didakwa akan menjadi kapal pengangkut pesawat pertama yang akan melancarkan kenderaan tempur udara tanpa pemandu (UCAV)[10]Konsortium Sedef–Navantia telah memenangi tender untuk projek pembinaan LPD/LHD untuk Tentera Laut Turki dan Anadolu mempunyai rekabentuk yang sama dengan kapal milik Sepanyol, Juan Carlos I. Kesemua persenjataan akan dibekalkan oleh firma-firma Turki iaitu Aselsan dan Havelsan.[11][12][13][14][15][16] Kapal ini akan dipasang dengan sebuah sistem pengurusan tempur Turki yang dikenali dengan GENESIS-ADVENT,[17][18][19] yang mana akan diintegrasi oleh Aselsan dan Havelsan.[20] Pendaratan pesawat dalam semua keadaan cuaca akan dibantu oleh Leonardo SPN-720[21] Precision Approach Radar.Navantia akan menyediakan rekabentuk, pertukaran teknologi, peralatan dan bantuan teknikal kepada Sedef Shipyard untuk mereka dan membangunkan Anadolu, yang mana akan dikelaskan sebagai sebuah kapal pengangkut ringan/LHD oleh Lloyd Turki.[22][23]

Rujukan

WikiPedia: TCG_Anadolu http://www.hurriyetdailynews.com/turkeys-national-... http://navaltoday.com/2016/05/03/first-steel-cut-f... http://www.navyrecognition.com/index.php/focus-ana... http://www.navyrecognition.com/index.php/news/defe... http://www.navyrecognition.com/index.php/news/defe... http://www.navyrecognition.com/index.php/news/defe... http://www.turksail.com/genel-haberler/16875-tcg-a... http://worldmaritimenews.com/archives/101354/navan... http://worldmaritimenews.com/wp-content/uploads/20... http://www.navantia.es/noticia.php?id_noti=291