THQ

THQ Inc. (Toy Headquarters) merupakan sebuah syarikat penerbitan judul-judul permainan video. Syarikat tersebut mencipta produk-produk untuk sistem permainan video berkonsol, juga untuk komputer peribadi dan alat-alat tidak berwayar. Judul-judul THQ seringkali dilihat dalam bahagian hiburan interaktif perisian komputer, termasuklah aksi, pengembaraan, lumba, berlawan dan gusti, first person shooter, teka-teki, permainan video berperanan, sukan, strategi dan strategi masa sebenar.