Thailand
Thailand

Thailand

Thailand, secara rasminya Kerajaan Thailand dan dahulunya Siam (hingga 1939 dan sekali lagi dari 1946 hingga 1948), merupakan sebuah negara di tengah semenanjung Indocina di Asia Tenggara. Ia bersempadan dengan Myanmar di barat laut, Laos dan Kemboja di timur, Teluk Thailand dan Malaysia di selatan, dan Laut Andaman di barat. Sempadan lautnya termasuk Vietnam di tenggara dalam Teluk Thailand, dan Indonesia dan India di barat daya dalam Laut Andaman. Ibu negara dan bandar terbesarnya Bangkok. Dengan kira-kira 69 juta orang, Thailand merupakan negara ke-20 paling ramai penduduk di dunia.Orang Thai berhijrah dari China barat daya ke tanah besar Asia Tenggara selama berabad-abad lamanya. Sebutan yang paling awal diketahui akan kehadiran mereka di rantau terbabit dengan eksonim Siam terdapat pada prasasti abad ke-12 di kompleks kuil Khmer Angkor Wat di Kemboja yang menyebut orang "syam" atau "perang tua". Kawasan itu pernah dikuasai oleh pelbagai negeri keindiaan seperti kerajaan-kerajaan Mon, Empayar Khmer dan negeri-negeri Melayu, bersaing dengan negeri-negeri Thai seperti Ngoenyang, Sukhothai, Kerajaan Chiang Mai, Lan Na dan Ayutthaya yang juga saling melawan. Orang Eropah tiba pada abad ke-16, bermula dengan misi diplomatik Portugis ke Ayutthaya pada 1511. Abad-abad berikutnya menyaksikan pelbagai kuasa penjajah Eropah merebut wilayah di kawasan Indocina, di mana Thailand kehilangan banyak wilayah kepada Perancis dan British tetapi kekal sebagai satu-satunya negara Asia Tenggara yang terselamat dari penjajahan. Mulai pemerintahan Raja Rama IV pada pertengahan abad ke-19, Thailand menjalankan kempen memodenkan bangsa sejajar dengan piawaian Barat. Ini membawa kepada peralihan daripada pemerintahan raja multak kepada raja berperlembagaan pada 1932. Namun 60 tahun berikutnya menyaksikan pemerintahan tentera dan demokrasi bersilih ganti, dengan rampasan kuasa terbaru pada Mei 2014.Dengan tahap pembangunan insan yang tinggi, Thailand digolongkan sebagai negara industri baru yang amat bergantung pada eksport, terutamanya jentera-jentera, elektronik, barang makanan, dan alat-alat kereta. Perkilangan, pertanian, dan pelancongan merupakan sektor teraju ekonomi.[1][2] Ekonominya merupakan yang kedua terbesar di Asia Tenggara dan yang ke-20 terbesar di dunia dari segi keluaran dalam negeri kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli. Thailand dikira kuasa serantau Asia Tenggara dan "kuasa tengah" dalam hal-ehwal dunia.[3]

Thailand

• kerajaan Ayutthaya 1350–1767
Internet TLD .th
• Bancian 2000 60,916,441
HDI (2019) 0.804
sangat tinggi · 56
• Jumlah 513,115 km2 (198,115 bt2) (49)
• kerajaan Ratanakosin 7 April 1782
Zon masa UTC+7
• Air (%) 0.4
• Total $1.097 trillion (23)
Ibu kota Bangkok (Krung Thep)
• kerajaan Thonburi 1767 ke 7 April 1782
• Per kapita $16,465 (70)
Pemerintahan Raja Berperlembagaan
• Raja Maha Vajiralongkorn
• kerajaan Sukhothai 1238–1368
Mata wang Baht (฿) (THB)
KDNK (PPP) Anggaran 2019 
Bandar terbesar Bangkok
Kod panggilan +66
• Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha
• Musim panas (DST) UTC+7
• Anggaran 2019 66,622,1901 (19)
Bahasa rasmi Bahasa Thai

Rujukan

WikiPedia: Thailand http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/2014/05/1... http://rspas.anu.edu.au/pah/human_rights/papers/20... http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNew... http://asian-efl-journal.com/quarterly-journal/201... http://www.asiasentinel.com/politics/thailands-mas... http://www.bangkokpost.com/learning/learning-from-... http://www.bangkokpost.com/print/421966/ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/589625/T... http://www.britannica.com/blackhistory/article-241... http://www.foxnews.com/story/0,2933,214562,00.html