Vietnam
Vietnam

Vietnam

Koordinat: 16°10′N 107°50′E / 16.167°N 107.833°E / 16.167; 107.833di ASEAN  (dark grey)  –  [Petunjuk]Vietnam (Tulisan Jawi: ۏيتنام; Bahasa Vietnam: Việt Nam melafazkan [vîət nāːm] ( dengar)), secara rasminya Republik Sosialis Vietnam (Bahasa Vietnam: Cộng hòa xã hội chủ nghĩa Việt Nam ()), merupakan negara yang paling di timur di Semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Dengan kira-kira 94.6 juta penduduk setakat 2016[update], ia merupakan negara ke-14 paling ramai penduduk di dunia, dan negara Asia yang ke-9 teramai. Vietnam bersempadan dengan China di utara, Laos di barat laut, Kemboja di barat daya, Thailand di seberang Teluk Thailand di barat daya, dan Filipina, Malaysia dan Indonesia di seberang Laut China Selatan di timur dan tenggara.[lower-alpha 2] Ibu negaranya ialah Hanoi semenjak bersatunya kembali Vietnam Utara dan Selatan pada 1976, sedangkan Bandaraya Ho Chi Minh bandar yang paling ramai penduduknya.Bahagian utara Vietnam pernah menjadi taklukan Kemaharajaan China selama lebih satu alaf, dari tahun 111 SM hingga 939 M. Sebuah negeri Vietnam bebas terbentuk pada tahun 939 ekoran kemenangan Vietnam dalam Pertempuran Sungai Bạch Đằng. Mekarlah dinasti demi dinasti raja Vietnam sementara bangsanya diperluas dari segi wilayah dan kuasa ke dalam Asia Tenggara hinggalah Semenanjung Indochina Peninsula dijajah oleh Perancis pada pertengahan abad ke-19.Ekoran pendudukan Jepun pada tahun 1940-an, Vietnam menentang pemerintahan Perancis dalam Perang Indochina Pertama. Pada 2 September 1945 Presiden Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam dari Perancis di bawah nama baru Republik Demokratik Vietnam. Pada tahun 1954, Vietnam mengisytiharkan kemenangan di Peristiwa Dien Bien Phu yang berlaku dari Mac hingga Mei 1954 dan berakhir dengan kekalahan besar Perancis. Selepas itu, Vietnam terbahagi kepada dua negeri, iaitu Vietnam Utara (secara rasmi Republik Demokratik Vietnam), dan Vietnam Selatan (secara rasmi Republik Vietnam). Konflik antara kedua-dua pihak menjadi sengit dalam peristiwa yang dikenali sebagai Perang Vietnam, dengan campur tangan yang mendalam oleh Amerika Syarikat di pihak Vietnam Selatan dari 1965 hingga 1973. Perang berakhir dengan kemenangan Vietnam Utara pada tahun 1975.Vietnam kemudian disatukan di bawah pemerintahan Komunis tetapi masih miskin dan mengasingkan diri. Pada tahun 1986, Partai Komunis Vietnam memulakan pembaharuan ekonomi dan politik reformasi yang membawa Vietnam ke arah integrasi ke dalam ekonomi dunia.[11] Pada tahun 2000, ia telah menjalin hubungan diplomatik dengan semua bangsa-bangsa. Sejak tahun 2000, kadar pertumbuhan ekonomi Vietnam antara yang tertinggi di dunia, dan pada 2011, ia mencatat Indeks Penjana Pertumbuhan Global tertinggi antara 11 ekonomi utama.[12] Atas kejayaan pembaharuan ekonomi ini Vietnam menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia pada tahun 2007. Ia juga ahli Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik dan Pertubuhan Antarabangsa Francophonie (untuk negara-negara berbahasa Perancis).

Vietnam

Zon masa UTC+7
Pemerintahan Republik sosialis satu parti Marxis-Leninis
Perundangan Dewan Undangan Negara
• Kepadatan 276.03/km2 (714.9/sq mi) (46)
Gini (2014) 37.6[8]
rendah
• Penyatuan Semula 2 Julai 1976[3]
KDNK (PPP) Anggaran 2018 
Mata wang đồng (₫) (VND)
Format tarikh dd/mm/yyyy
HDI (2015) ▲ 0.683[9]
sederhana · 115
Kumpulan etnik
• Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc
• Kemerdekaan dari Perancis 2 September 1945
Ibu kota Hanoi
21°2′N 105°51′E / 21.033°N 105.850°E / 21.033; 105.850
Bandar terbesar Bandaraya Ho Chi Minh
Agama
• Per kapita $2,481[7] (129)
Bahagian memandu right
• Anggaran 2016 94,569,072[6] (14)
• Diterima masuk PBB 20 September 1977
Kod panggilan +84
• Total $697.752 billion[7] (35)
KDNK (nominal) Anggaran 2018 
• Air (%) 6.4[5]
• Jumlah $234.688 billion[7] (47)
Bahasa rasmidan kebangsaan Vietnam
• Perjanjian Geneva 21 Julai 1954
Internet TLD .vn
• Presiden Nguyễn Phú Trọng

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Vietnam http://www.smh.com.au/travel/vietnam-to-build-high... http://www.stopusa.be/scripts/texte.php?section=CL... http://www.angelfire.com/vt/vietnamesemuslims/hstr... http://www.asianartmall.com/vietnamhistory.htm http://www.businessinsider.com/willem-buiter-3g-co... http://www.bvom.com/resource/vn_history.asp?pConte... http://www.economist.com/specialreports/displaysto... http://www.etravelblackboardasia.com/article.asp?i... http://www.indexmundi.com/vietnam/geography_profil... http://www.indexmundi.com/vietnam/waterways.html