Wilayah Thailand

Thailand terbahagi kepada 76 buah wilayah (จังหวัด, changwat), yang disusun kepada lima rantau. Juga terdapat dua buah wilayah pentadbiran khas, iaitu ibu kota Bangkok (Krung Thep Maha Nakhon) dan Pattaya. Bangkok terletak di peringkat wilayah dan oleh itu dikira sebagai satu wilayah.

Setiap wilayah terbahagi kepada daerah dan daerah itu terbahagi lagi kepada mukim (tambon). Setakat 2006[update] terdapat 877 daerah (อำเภอ, amphoe) dan 50 zon di Bangkok (เขต, khet). Bandaraya Bangkok dan beberapa bahagian wilayah yang bersempadan dengan ibu kota diberi gelaran Bangkok Raya (ปริมณฑล, pari monthon). Wilayah-wilayah berkenaan termasuk Nonthaburi, Pathum Thani, Samut Prakan, Nakhon Pathom dan Samut Sakhon. Rata-rata ibu kota (เมือง, mueang) setiap wilayah sama dengan wilayah masing-masing. Misalnya, ibu kota Wilayah Chiang Mai (Changwat Chiang Mai) dipanggil Mueang Chiang Mai atau Chiang Mai.

Rantau

Thailand boleh terbahagi kepada empat rantau.

Wilayah-wilayah Thai ditadbir mengikut kawasan bahagian atau rantau, dan Thailand lazimnya menggunakan sistem pembahagian empat rantau, iaitu: Thailand Utara, Thailand Timur Laut, Thailand Tengah dan Thailand Selatan.

Setiap rantau mempunyai latar belakang sejarah, budaya, bahasa dan suku kaum tersendiri.

Thailand merupakan sebuah negara unitari (kesatuan) yang mana para gabenor wilayah, ketua daerah dan kerani daerah semuanya dilantik oleh kerajaan pusat. Pembahagian rantau tidak lagi bercirikan pentadbiran tetapi dikekalkan untuk tujuan ilmiah geografi, statistik, geologi, kaji cuaca atau pelancongan.

Kawasan Selatan

Wilayah-wilayah selatan Thailand memaparkan kawasan majoriti Melayu-Islam

Siam pernah menguasai Semenanjung Tanah Melayu sejauh ke selatan hingga paras Melaka pada abad ke-15, malah juga menaungi sebahagian besar semenanjung termasuklah Temasek (Singapura), sesetengah pulau-pulau Andaman, dan sebuah jajahan di Jawa, tetapi akhirnya berundur apabila British menggunakan kekerasan untuk menjamin naungan mereka ke atas negeri-negeri Melayu.

Negeri-negeri Melayu utara menghantar ufti tahunan kepada Raja Siam dalam bentuk bunga masa sebagai tanda penghormatan dan pengakuan terhadap naungan Siam. British campur tangan dalam urusan negeri-negeri Melayu dan menerusi Perjanjian Inggeris-Siam ia cuba membina landasan kereta api dari selatan ke Bangkok. Siam melepaskan kedaulatan terhadap negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu kepada British sementara wilayah Satun dan Pattani dikekalkan.

Wilayah-wilayah Melayu diduduki oleh Jepun ketika Perang Dunia Kedua, lalu disusupi oleh Parti Komunis Malaya (CPM) dari 1942 hingga 2008. Sejak awal 2000-an berlakunya kejadian pemberontakan antara pejuang separatis yang bermula selepas Perang Dunia Kedua dengan sokongan Sukarno terhadap PULO.

Utara

Chiang Rai, Chiang Lai, Kamphaeng Phet, Lampang, Lamphun, Mae Hong Son, Nakhon Sawan, Nan, Phayao, Phetchabun, Phichit, Phitsanulok, Phrae, Sukhothai, Tak, Uthai Thani, Uttaradit

Timur Laut

Amnat Charoen, Buriram, Chaiyaphum, Kalasin, Khon Kaen, Loei, Maha Sarakham, Mukdahan, Nakhon Phanom, Nakhon Ratchasima, Nongbua Lamphu, Nong Khai, Roi Et, Sakhon Nakhon, Sisaket, Surin, Ubon Ratchathani, Udon Thani, Yasothon.

Timur

Chanthaburi, Chonburi, Prachinburi, Rayong, Sa Kaeo, Trat

Tengah

Ang Thong, Ayutthayua, Chachoengsao, Chainat, Kanchanaburi, Lopburi, Nakhon Nayok, Nakhon Pathom, Nonthaburi, Pathum Thani, Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan, Ratchaburi, Samut Prakan, Samut Sakhon, Samut Songkhram, Saraburi, Sing Buri, Suphan Buri

Selatan

Chumphon, Krabi, Nakhon Si Thammarat, Narathiwat, Pattani, Phang Nga, Phattalung, Phuket, Ranong, Satun, Songkhla, Surat Thani, Trang, Yala

Kerajaan Daerah Khas

Krung Thep Maha Nakhon (Bangkok), Mueang Pattaya (Pattaya)

Rujukan

WikiPedia: Thailand http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/2014/05/1... http://rspas.anu.edu.au/pah/human_rights/papers/20... http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNew... http://asian-efl-journal.com/quarterly-journal/201... http://www.asiasentinel.com/politics/thailands-mas... http://www.bangkokpost.com/learning/learning-from-... http://www.bangkokpost.com/print/421966/ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/589625/T... http://www.britannica.com/blackhistory/article-241... http://www.foxnews.com/story/0,2933,214562,00.html