Pertubuhan_Pembebasan_Bersatu_Patani

Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani atau PULO dibentuk pada 1968 di tanah Arab dan menjadi kumpulan pemberontak terbesar di selatan Thailand sejak dua dekad tetapi berpecah pada 1990-an. iatu Kumpulan Bersatu dan kumpulan panyom yang ditubuhkan PULO Baru atau di kenali dengan nama PULO Pedang pada 1997. Perpecahan ini cuma pendapat sahaja yang tidak sama tetapi gerakan gerila masih bersama dan bertugas di dalam Negeri.PULO berjuang di selatan Thailand yang penduduk majoritinya orang Melayu berugama Islam. Wilayah yang terlibat ialah Yala, Narathiwat dan Patani. Selain itu ialah Satun. Penduduk wilayah ini merasakan diri mereka dipinggirkan dari arus pembangunan dan pendidikan dan di tindas oleh pejajah Siam dan di hina di tangkap di bunuh oleh kerajaa siam. Lantaran itu ramai daripada mereka bekerja dan berhijrah ke Malaysia.[1]Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra mengambil jalan mudah dengan mengamalkan dasar kekerasan terhadap golongan 'pelampau ini dengan mengarahkan mereka ditangkap dan ditembak. Antara yang menjadi mangsa ialah para alim ulama, pemimpin, ustaz di sekolah pondok dan lain-lain. Tidak ada perancangan rapi terhadap sekolah-sekolah pondok yang terdapat di sana. Akibatnya ada yang cenderung ke arah militan .Beberapa pemimpin militan Indonesia bersembunyi di sini. Hampir 1500 orang terbunuh akibat dasar keras Thaksin Shinawatra. Wilayah-wilayah ini pernah berkerajaan sendiri suatu ketika dahulu iaitu Kerajaan Patani dan tidak dapat menerima dasar pentadbiran dari Bangkok. Cuma, dasar Raja Bhumibol Adulyadej dan kunjungan Permaisuri Sirikit dapat menyejukkan hati mereka.