Thaksin_Shinawatra
Thaksin_Shinawatra

Thaksin_Shinawatra

Thaksin Shinawatra (Bahasa Thai: ทักษิณ ชินวัตร, IPA: [tʰáksǐn tɕʰinnawát [[:Media:Thaksin.ogg|]]] (bantuan·maklumat); dilahirkan 26 Julai 1949), adalah Perdana Menteri Thailand dari 2001 hingga 2006, apabila beliau disingkirkan tentera. Beliau merupakan ketua parti populis Thai Rak Thai (TRT) sebelum pengharamannya. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang polis, namun kemudian menjadi usahawan telekom dan antara orang terkaya di thailand.Satu rampasan kuasa ketenteraan berlaku pada 19 September 2006 ketika Thaksin berada di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk berucap pada pembukaan Perhimpunan Agung. Tribunal yang dilantik Majlis Keselamatan Kebangsaan (MKK) membubarkan parti Thai Rak Thai atas sebab penipuan undi, dan menyekatnya dan pimpinan TRT daripada berpolitik selama 5 tahun.[1] Jawatankuasa Pemeriksaan Aset yang turut dilantik MKK pula membekukan 76 billon baht ($2.2 bilion) asetnya di Thailand, mendakwa dia menjadi terlalu kaya ketika berkuasa.[2] Thaksin dan keluarganya mengisytiharkan aset bernilai cuma 15.1 bilion baht ketika mula berkuasa pada 2001.[3] Sehingga kini, tiada keputusan undung-undang telah dibuat mengenai hartanya.Thaksin yang ketika itu tinggal di London kembali ke Thailand pada 28 Februari 2008, selepas parti pengganti TRT memenangi pilihan raya baru.[4] Namun selepas melawat Beijing untuk Sukan Olimpik 2008, dia tidak kembali untuk mendengar dakwaan dan memohon suaka di United Kingdom. Pada Oktober, Mahkamah Agung Thailand mendapati beliau bersalah dalam kes konflik kepentingan dan menghukumnya 2 tahun penjara in absentia.[5] Asetnya sebanyak $4.2 bilion di UK kemudian dikatakan dibekukan kerajaan UK, namun ini tidak disahkan atau dinafikan kerajaan UK.[6]Pada April 2009, Thaksin menyokong bantahan anti-kerajaan oleh Barisan Demokrasi Bersatu menentang Kediktatoran (UDD) terhadap kerajaan Abhisit Vejjajiva, yang menuntut Thaksin dibenarkan kembali dan bebas daripada semua dakwaan rasuahnya.[7] Kerajaan membatalkan pasport Thaksin kerana peranannya dalam mengapi-apikan bantahan hingga menyebabkan pembatalan sidang kemuncak ASEAN di Pattaya dan rusuhan yang terjadi.[8][9][10] Thaksin menafikan memimpin UDD, sebaliknya mendakwa cuma memberikan "sokongan moral."[11]Pada 4 November 2009 Thaksin dilantik kerajaan Kemboja sebagai penasihat ekonomi, menyebabkan Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva memanggil dutanya pulang dari Kemboja sehari kemudian.[12] Beliau juga menyatakan yang Kemboja masuk campur hal dalaman Thailand dan akibatnya persetujuan kerjasama dua negara itu akan disemak semula. Kemboja kemudian mengumumkan yang dutanya ke Thailand juga akan dipanggil pulang sebagai tindakan balas.[13]

Rujukan

WikiPedia: Thaksin_Shinawatra http://rspas.anu.edu.au/rmap/newmandala http://www.2bangkok.com/high.shtml http://www.arabianbusiness.com/539714-catch-me-if-... http://asiancorrespondent.com/38471/book-review-th... http://asiancorrespondent.com/tag/thaksin-shinawat... http://www.bangkokpost.com/news/local/14210/thaksi... http://www.bangkokpost.com/news/politics/140652/th... http://breakinglegalnews.com/search/Thaksin%20Shin... http://edition.cnn.com/2008/WORLD/asiapcf/02/25/th... http://www.nationmultimedia.com/2007/06/12/headlin...