TKB-059
TKB-059

TKB-059

TKB-059 (ТКБ-059) adalah sebuah raifal gempur bullpup berlaras tiga buatan Soviet. Ia direka untuk menggunakan peluru bersaiz 7.62 x 39 mm. Raifal yang direka oleh Kilang Senjata Negeri Tula pada tahun 1966 ini mampu dioperasikan dalam mod tembakan automatik sepenuhnya. Rekabentuk raifal ini dihasilkan berdasarkan rekabentuk raifal ZB Pribor (Прибор 3Б) (Опытный, на базе «прибора 3Б»)[1]. Kedua-dua senjata tersebut dibangunkan oleh pereka senjata kecil, GA Korobov. Senjata ini menggunakan tiga kelopak peluru 7.62 x 39 mm dengan jumlah muatan peluru sebanyak 90 butir. Setiap laras disuap terus daripada kelopak yang berasingan. Tujuannya adalah untuk mencipta senjata dengan peluang mengena yang lebih baik dan kuasa menghentikan. Projek ini diperkenalkan bagi menyaingi projek Salvo, Amerika Syarikat.

TKB-059

Tempat asal  Kesatuan Soviet
Dihasilkan 1966 (TKB-059)
Sistem suapan Lelopak kotak 90-butir
Kadar tembakan 1400-1800 butir/min
Direka 1962-1966
Aneka Pribor ZB
TKB-059
Kartrij 7.62x39mm
Berat 4.5kg
Pereka German A. Korobov
Penglihatan Pejera besi
Digunakan oleh Kesatuan Soviet
Pengeluar Tula Arms
Jenis Raifal gempur

Berkaitan