TRAPPIST-1
TRAPPIST-1

TRAPPIST-1

TRAPPIST-1, juga dinamakan sebagai 2MASS J23062928-0502285,[6] ialah sebuah bintang kerdil ultrasejuk[5][7] terletak 39.5 light-year (12.1 parsec) dari Matahari dalam buruj Timba.[8]Pada tahun 2015, para ahli falak telah menemui tiga planet bersaiz Bumi mengelilingi bintang kerdil. Satu pasukan yang diketuai oleh Michaël Gillon di Universiti Liège di Belgium telah mengesan planet-planet itu menggunakan fotometri transit dengan Teleskop Kecil Planet Transit dan Planetisimal ("Transiting Planets and Planetesimals Small Telescope", TRAPPIST) di Balai Cerap La Silla di Chile.[9][7][10] Pada 22 Februari 2017, para ahli falak telah mengumumkan empat planet luar suria tambahan sekitar TRAPPIST-1.[11] Selain TRAPPIST, kerja ini telah menggunakan Very Large Telescope di Paranal dan NASA Teleskop Angkasa Spitzer, dalam kalangan yang lain dan menjadikan jumlah planet menjadi tujuh, tiga planet dikira di dalam zon boleh didiami. Yang lain juga kemungkinan boleh didiami (memiliki air cecair pada permukaannya).[12][13]

Rujukan

WikiPedia: TRAPPIST-1 http://www.check123.com/videos/12207-trappist-1-sy... http://www.openexoplanetcatalogue.com/planet/TRAPP... http://www.popularmechanics.com/space/deep-space/a... http://spaceref.com/astronomy/temperate-earth-size... http://www.theatlantic.com/science/archive/2016/05... http://adsabs.harvard.edu/abs/1999A&A...351.1028V http://adsabs.harvard.edu/abs/2003yCat.2246....0C http://adsabs.harvard.edu/abs/2006AJ....132.1234C http://adsabs.harvard.edu/full/1999A&A...351.1028V http://www.udel.edu/udaily/2017/february/star-conn...